Pages

Apakah itu Hello World

Hello World dalam bidang pengkomputeran adalah cara tradisi untuk memulakan pembelajaran pengaturcaraan komputer. Pengaturcaraan komputer secara ringkasnya adalah menulis bahasa yang difahami oleh komputer untuk menjalankan sesuatu kerja. Hello World juga biasanya digunakan sebagai tanda bermulanya sesuatu. Sejarah Hello World bermula di zaman permulaan buku-buku berkaitan bahasa komputer diterbitkan seperti Tutorial Introduction to the Language B dan Programming in C: A Tutorial oleh Brian Kernighan.

Saya ucapkan Hello World kepada anda kerana telah berjaya sampai ke blog ini. Blog ini saya dedikasikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui asas-asas dalam pengendalian komputer. Sebagai orang yang belajar, saya rasa amat elok jika saya mengajar orang lain apa-apa ilmu yang saya ada supaya saya dapat mempertingkatkan diri saya.

Blog ini khusus untuk orang yang baru berpeluang memegang komputer tetapi was-was untuk menggunakannya. Saya akan ajar secara terperinci supaya tiada satu butir pon anda akan terlepas. Tetapi jika saya ada tersalah fakta atau ada soalan yang ingin ditanya, jangan malu untuk bertanya soalan di ruangan komen.

No comments: