Pages

Set keadaan laptop apabila skrin ditutup, butang power ditekan dan butang sleep ditekan.

Ramai orang yang mempunyai laptop biasanya akan menutup laptop mereka dengan cara yang biasa, iaitu Start>Shut Down. Tapi tak ramai tahu ada cara yang lebih pantas dan bergaya bagaimana mahu menutup laptop anda. Tutorial ini akan mengajar cara mengubah power setting di laptop/komputer anda.


1. Cari ikon power berhampiran dengan jam di sudut kanan bawah dan tekan kiri tetikus pada ikon itu.(dalam gambar, ikon itu yang pertama dari kiri.

2. Pilih Power Options



3. Pilih Choose what closing the lid does


4. Di sini anda boleh setting ape yang anda nak buat dengan laptop/komputer anda.


Panduan: 

  • Power button: butang yang digunakan untuk on komputer anda
  • Sleep button: sesetengan laptop, anda perlu kombinasi antara butang Fn dan F4. Check mana butang ada simbol "zzz". Itulah butang sleep anda.
  • Close the lid: anda menutup monitor laptop rapat ke keyboard. Setting ini biasanya tiada untuk komputer jenis desktop.
  • Shut down: tutup komputer anda.
  • Sleep: tutup komputer, tetapi tidak sepenuhnya, dapat akses komputer semula dengan cepat.
  • Hibernate: Lebih kurang sama dengan Sleep, tapi menggunakan lebih kurang kuasa, sesuai untuk jimat bateri laptop.( ada sesetengah laptop/komputer tidak boleh menggunakan pilihan ini)
  • Do nothing: Tidak akan terjadi apa apa. (kecuali jika close the lid, monitor akan tutup)

No comments: