Pages

Set keadaan laptop apabila skrin ditutup, butang power ditekan dan butang sleep ditekan.

Ramai orang yang mempunyai laptop biasanya akan menutup laptop mereka dengan cara yang biasa, iaitu Start>Shut Down. Tapi tak ramai tahu ada cara yang lebih pantas dan bergaya bagaimana mahu menutup laptop anda. Tutorial ini akan mengajar cara mengubah power setting di laptop/komputer anda.


1. Cari ikon power berhampiran dengan jam di sudut kanan bawah dan tekan kiri tetikus pada ikon itu.(dalam gambar, ikon itu yang pertama dari kiri.

2. Pilih Power Options



3. Pilih Choose what closing the lid does


4. Di sini anda boleh setting ape yang anda nak buat dengan laptop/komputer anda.


Panduan: 

  • Power button: butang yang digunakan untuk on komputer anda
  • Sleep button: sesetengan laptop, anda perlu kombinasi antara butang Fn dan F4. Check mana butang ada simbol "zzz". Itulah butang sleep anda.
  • Close the lid: anda menutup monitor laptop rapat ke keyboard. Setting ini biasanya tiada untuk komputer jenis desktop.
  • Shut down: tutup komputer anda.
  • Sleep: tutup komputer, tetapi tidak sepenuhnya, dapat akses komputer semula dengan cepat.
  • Hibernate: Lebih kurang sama dengan Sleep, tapi menggunakan lebih kurang kuasa, sesuai untuk jimat bateri laptop.( ada sesetengah laptop/komputer tidak boleh menggunakan pilihan ini)
  • Do nothing: Tidak akan terjadi apa apa. (kecuali jika close the lid, monitor akan tutup)

Cara untuk buka banyak tab serentak.

Anda nak buat suatu butang click di laman web anda, dan anda mahu apabila ditekan, beberapa tab akan muncul. Saya akan ajar anda bagaimana nak buka banyak tab serentak dengan sekali tekan. Sangat mudah untuk buat link tersebut membuka banyak link sekaligus. Biasanya orang akan gunakan taktik ini untuk memudahkan pengunjung membuka banyak laman web sekaligus.

contohnya seperti butang ini,



kod HTML seperti berikut

<input onclick="window.open('http://www.google.com');window.open('http://www.google.com');window.open('http://www.google.com');" type="button" value="Tekan Sini!" />

kalau untuk link macam ini

Tekan Sini!

kod HTML seperti berikut
<a onclick="window.open('http://www.google.com');window.open('http://www.google.com');window.open('http://www.google.com');">Tekan Sini!</a>

Dalam kedua-dua kod HTML, tukar http://www.google.com kepada laman web yang anda mahu. Anda juga boleh tambah beberapa link dengan mengulang window.open('http://www.google.com');

Bagaimana menggunakan tweetdeck di Google Chrome

Kepada yang selalu menggunakan laman social Twitter, anda ada banyak aplikasi dan laman web lain untuk akses Twitter selain daripada laman utama Twitter di twitter.com. Tweetdeck adalah antara aplikasi yang terkenal sebagai pengganti laman utama Twitter.

Antara kebaikan menggunakan Tweetdeck;

  • boleh Tweet melebihi had dengan bantuan Deck.ly
  • URL yang panjang akan dipendekkan secara automatik
  • boleh upload gambar secara terus dari aplikasi Tweetdeck itu sendiri
  • boleh menggunakan beberapa akaun Twitter sekaligus
  • boleh susun column ikut kemahuan sendiri, dll. 


Tutorial ini mengajar cara-cara untuk install dan menggunakan aplikasi Tweetdeck di browser Google Chrome.

1. pergi ke laman web ini <--tekan ini! (sila sign in akaun Google anda)



2. Tekan install (kadang kala di bawah akan meminta anda mengesahkan muat turun aplikasi, tekan
"Yes")

3. Buka tab baru, tekan Tweetdeck

4. Tekan "Sign in with your Tweetdeck account" dan tekan "Register"



5. Masukkan Emel dan kata laluan yang dikehendaki

6. tekan "Add New Account"


7. tekan "Add Twitter"

8. Sign in twitter anda

9. Sekarang anda sudah siap install Tweetdeck dalam Google Chrome!

Mula-mula anda akan ada 3 column di Tweetdeck anda. Home untuk timeline utama anda. Me untuk mention. Inbox untuk DM. Anda boleh tambah account dan uruskan akaun Facebook anda juga. Untuk tambah column jangan lupa tekan Tweetdeck di atas kiri.

Apakah itu Hello World

Hello World dalam bidang pengkomputeran adalah cara tradisi untuk memulakan pembelajaran pengaturcaraan komputer. Pengaturcaraan komputer secara ringkasnya adalah menulis bahasa yang difahami oleh komputer untuk menjalankan sesuatu kerja. Hello World juga biasanya digunakan sebagai tanda bermulanya sesuatu. Sejarah Hello World bermula di zaman permulaan buku-buku berkaitan bahasa komputer diterbitkan seperti Tutorial Introduction to the Language B dan Programming in C: A Tutorial oleh Brian Kernighan.

Saya ucapkan Hello World kepada anda kerana telah berjaya sampai ke blog ini. Blog ini saya dedikasikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui asas-asas dalam pengendalian komputer. Sebagai orang yang belajar, saya rasa amat elok jika saya mengajar orang lain apa-apa ilmu yang saya ada supaya saya dapat mempertingkatkan diri saya.

Blog ini khusus untuk orang yang baru berpeluang memegang komputer tetapi was-was untuk menggunakannya. Saya akan ajar secara terperinci supaya tiada satu butir pon anda akan terlepas. Tetapi jika saya ada tersalah fakta atau ada soalan yang ingin ditanya, jangan malu untuk bertanya soalan di ruangan komen.

hello world

"hello world" adalah perkataan yang popular dalam kalangan programmer. Ada sejarah di sebalik Hello World ini, tetapi anda boleh mencari di laman web google. (tekan sini) Dalam kotak carian google, tuliskan apa yang anda mahu cari, contohnya, apakah itu hello world. (tekan sini).